salam sejahtera..dan salam barakah keatas semua umat manusia yang masih lagi bernyawa di atas muka bumi yang indah dan permai ini. semoga perjalanan kehidupan kita didunia ini selamat dunia dan akhirat.
sebenarnya tiada apa yang nak diperkatakan pada hari ini. tiada berita yang dibaca, tiada juga berita yang didengar. hanya kehidupan biasa seharian yang dilakukan pada hari ini. mungkin pada malam ini akan berkesempatan untuk mendengar berita di TV9 atau pun di TV3.. kadangkala berita Astro Awani juga menjadi pilihan. tetapi masa yang terbatas bukan disebabkan oleh kesempitan masa yang terluang tetapi anak-anak yang telah memonopoli TV. Jadi sebagai abah terpaksalah mengalah. Mungkin terdapat sedikit berita yang menarik untuk kita ambil iktibar dan pengajaran. Al-maklumlah banyak berita yang kadang-kadang terlalu melampau perkara yang nak disebarkan.
petang nanti rakan sepejabat meminta tolong untuk memasang meter keretanya yang rosak. sekurang-kurangnya dapat lah juga menghabiskan waktu petang nanti membaiki meter. takda la nak boring sangat. tapi sekarang ni masa boring takda sangat. ini bukan apa, dek kerana melayan kerenah anak2 yang sedang membesar ini. terutamanya yang ketiga ini. perangainya mengalahkan abang2 nya yang terdahulu. tak boleh nak letak, tak boleh nak tinggal, dan kalau abang2 nya datang mengacau pasti dia akan akan datang mengadu kepada mama dan abahnya. sekarang ini baru pandai mengensot. tapi nampaknya sekrang ini sudah pandai mengangkat punggung untuk merangkak. mungkin 1 atau 2 minggu lagi pandai la dia merangkak. lepas ini habislah merata ceruk diselongkarnya.
cerita anak-anak ini pasti ada suka dan dukanya. kekadang terasa bosan sesangat dengan karenah anak-anak. tetapi apabila tiada terasa pula kesunyian. kesunyian yang amat sangat. mungkin itu la perasaan ibu bapa kita apabila dulu. sewaktu kita kecil walaupun mereka marahkan kita tetapi jauh disudut hati mereka perasaan sayang yang tidak berbelah bagi.
ok. sampai sini dulu untuk hari ini. mungkin esok atau lusa bersambung kembali.